Monday, 23 September 2013

Ayat-ayat manis menggoda wanita

0 comments
 
Barangkali wanita tidak tahu bagaimana lelaki memikat hati mereka untuk mendapatkan sesuatu secara "percuma" kan? Ada juga lelaki yang menggunakan ayat manis untuk menjerat gadis, wanita, isteri orang dan seumpamanya. Tahukah bagaimana lelaki menggunakan ayat-ayat manis untuk menggoda wanita?

Pelbagai taktik yang digunakan dan kadangkala kita tidak terfikir bahawa kita telah terjerumus dalam permainan lelaki dan akhirnya kita menyerahkan segala-galanya.Penyesalan pada akhirnya tidak berguna dan ketahuilah bagaimana ia bermula untuk anda menolaknya dari awal lagi.

Bagaimana ia bermula? 

Pertama sekali yang paling utama untuk lelaki memikat wanita adalahmendapatkan pelbagai jenis medium hubungan dengan anda. No telefon, e-mail akaun sosial, ID chat atau apa-apa yang boleh menghubungkan mereka dengan anda. Langkah seterusnya pastilah dengan mendekatkan diri dengan anda, dalam erti kata lain "approach". Mula-mula berkenal-kenalan terlebih dahulu. Mereka akan menguji anda dengan pelbagai soalan yang mudah.

Diantaranya adalah "Awak duduk dengan siapa?", "Sorang je ke kat rumah tu?", "Sunyi je rumah tu?", "Mana anak-anak?", "Boyfriend tak marah ke call ni?", "Suami kerja ke?". Soalan ini bertujuan menyemak status anda sama ada berkahwin atau tidak atau sudah berpunya atau tidak. Ini menjamin bahawa mereka tidak buang masa.

Langkah ketiga adalah dengan memberikan soalan cepu emas yang kadangkala anda malas menjawabnya.

"Awak kerja mana?", "Awak duduk rumah sendiri ke?", "Awak tak sunyi ke?". Soalan ini bertujuan untuk mengetahui bahawa anda benar-benar keseorangan dan status kewangan anda. Hati-hati semasa berkata benar. Seeloknya menipu sedikit kerana anda belum kenal siapa mereka sebenarnya.

Langkah keempat adalah dengan menanyakan soalan-soalan sensitif untuk menguji tahap "kegilaan" anda.

"Ish.. Hujan pulak, sejuk sangat". "Sana tak hujan ke? Sini hujan", "Awak tak boring ke duduk sorang-sorang?", "Suara awak ni buat saya...", "Sedapnya suara awak, tak tahan saya mendengar", "Awak tak ada gambar ke?","Awak nak tengok muka awak...". Soalan ini untuk memastikan respons anda berkenaan soalan yang ditanya. Jika anda melayannya maka mudahlah untuk mereka melangkah lebih jauh.

Langkah kelima adalah dengan mengajak anda keluar berjumpa, atau yang paling miskin pun mengajak anda ke laman sembang secara langsung (online chat) atau ada juga mula mengajak anda membicarakan isu-isu sensitif seperti "Awak pakai apa malam-malam ni?" menggunakan telefon (Phone Sex)

Langkah keenam? Anda tertewas! 


Masa yang diperlukan untuk membuatkan anda terjerat bergantung kepada bagaimana anda melayan mereka. Jika anda memberikan respons yang baik, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sesuatu dari anda. Jika anda kurang memberikan respons maka waktu yang lama diperlukan. Jika respons anda tidak menggalakkan bagi mereka maka lama kelamaan anda akan hilang hubungan dengan mereka.

MuSt VieW